Senyum sedih 2
Assalamualaikum w.b.t
Cerita2
Sambungannya..
(kalau yang mengikuti entry lepas-lepas pasti tahu)
Baru-baru ini ada baca kisah sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa salam .Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.
Dialah Salman al-Farisi(pernah dengar?)
Hmm kebelakangan ini banyak menyelusuri kisah-kisah zaman dahulu. Err banyak kisah kaum Adam ==’’. Apakah maksudnya ini? Kih3 (tiada maksud apa pun) *saja buat-buat suspen sikit* haha padahal tak suspen manapun kuang3
Salman al-farisi?
Hmm Coolnya dia! Berlapang dada sahaja!
Ya , walaupun lamarannya ditolak oleh seorang wanita yang solehah dia tetap berasa tenang! bahkan wanita solehah itu telah memilih rakan karibnya iaitu Abu Darda.
Saya : Terkejut dengan jawapannya:
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
Glup!
MashaAllah
Agak-agaklah dalam kalangan manusia zaman sekarang ini, masih wujud lagikah akhlak yang ditunjukkan Salman al-Farisi ini? Harap-harap ada lah kan? inshaAllah ^__^
#kisah ini dipetik dari buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah#
Oh ya, saya sarankan sahabat baca kisah fullnya lagi best kalau saya cerita semua alamat rugilah dengan penjual buku di Negara kita ne kan?hua3
=======================
Selingan sikit keh3..
Kalau suka sangat lihat kelebihan diri orang lain itu bagaimana?
Membanding-bandingkan diri dengan dia yang punya segalanya tapi tidak pula pada diri itu bagaimana?
Dia sudah sampai ke hujung dunia tapi saya?
Astaghfirullah
Harap janganlah dia baca.
Tapi saya yakin orang sana, TIDAK akan baca, hua3 *bunyi sangatlah yakin*
Saya punya impian tapi rezeki itu belum ada untuk saya.
Orang itu,kalau susah sangat untuk terima ‘’kenyataan’’ sekurang-kurangnya pandulah diri kejalan yang lurus bukan?(inshaAllah tengah usaha)
Sangat penat untuk berhadapan dengan orang sekeliling!
Yang tidak pernah buka hati untuk memahami!
Bagaimana untuk saya tenangkan diri ini, sogok dengan gula-gula. Oh tidakk!! Saya bukan kanak-kanak ribena lagi .Saya sudah lali dengan sogokan sebegitu.sebab sampai bila?a-t-e gigi sendiri jugak yang rosak.huhu
Tapi tiada manusia yang sempurna kan? Sangat yakin dengan itu .
Usahaaa!
Tamparan untuk diri ini. ''Belajar untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.Tidak kira kecil mahupun besar '' .
Ingin jadi seperti matahari.
Matahari yang menyinari semua orang. Boleh kan?
Doakan saya dan saya juga semestinya akan mendoakan kalian.
 |
| Gambar ini di ambil tanpa kerelaan. orang tu Seganlah! |
Cerciter: (pandai-pandailah teka yang mana satu). Rasanya tiada yang kenal kot. Gambar lama . Masa ni, orang tu tengah buat ''jogathon'' tapi ada photographer yang tangkap gambar,orang tu macam perasan jugak tapi buat cool dan pandang tepi je lah. Lantaklah orang nak cakap tak sporting ke atau apa apalah, hehe . Rupanya gambar ni ada dekat album photographer tu, apalagi
grab la dengan pantasnya. ;P. Ni pun dah berkira-kira nak letak ke tak. Malas nak letak sebenarnya.
Wallahua'lam
Mari baca ''love letter'' ..
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah saat ini masih dikurniakan Allah kehidupan.
Sila lihat tajuk entry . Jangan jump into conclusion dulu ya. hee~
Sejak kebelakangan ini,saya agak sibuk sikit..jadi peruntukan masa untuk melawat blog sendiri atau melepak dekat blog orang lain adalah tipis, Maafkan saya.hehe *nak buat ayat yang kite ni sibuk* bz la sangattttt *. konon-kononnya. ;P . Menyampahh!!
Sibuk apa? Hehe adalah "projek terbaru"saya. Biasa-biasa saja! Nampak sangat ‘’time management’’ budak itu sungguh lemah. Ciss memalukan sungguh!
Err jadi, ini membuktikan perlunya kita untuk mengurus masa dengan sangatlah bijak ya! Jika tidak terimalah padahnya.hua3.Tapi akan saya usahakan sebaik mungkin untuk mencari solusi terbaik bagi masalah saya ini. huwaa ayat sangatlah skema.saya akan mengutip ilmu-ilmu di blog kalian ya (maksudnya ingin menziarah lateuww) ==''
Apa yang membuak-buakkan saya untuk menulis entry kali ini ialah cerita benar, Sangat menginsafkan! seorang Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri (koma) setelah keluar daripada bilik pembedahan.
Subhanallah
See, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.Saya terpukul sangat!! Allahhh
Allahu Akhbar!!
Melihat video itu membuatkan air mata ku bertimpa-timpa keluarrr..
Melihat pemuda itu, Saya malu dengan diri sendiri. Terasa rendahnya diri. Ada satu perasaan yang luar biasa saya rasa. Cemburu. Cemburu yang positif. Iman pula bagaimana? Kita yang masih sihat walafiat ini pula bagaimana? Macam-macam soalan yang terfikir. Nak buka Al-quran punya payah apatah lagi nak mencari ayat tafsirnya ? Baca lagilahh.. Kan kan kan..
Anda boleh lihat di sini:
http://youtu.be/4ukR5k64wlg
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Kita pula bagaimana?
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
Untuk peringatan kita bersama: Berusahalah untuk menjadi insan yang dekat dengan Al-Quran. Kalau tak dapat banyak semuka pun jadi sehari..
InshaAllah, Marilah kita baca dan rajin-rajinlah melihat maknanya..
*Ada surah yang nabi sebut mampu membuatkan rambutku 'beruban' tika membacanya. Antaranya surah Al-Haqqah.
Inilah MUKJIZAT terakhir Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan untuk kita, Bila kita berpegang pada Al-quran InshaAllah selamat dunia akhirat!!
Sesungguhnya saya juga masih dalam proses mentarbiyyah diri sendiri .Usaha sebaik mungkin untuk itu! Moga kita sentiasa dalam panji redhaNYA. inshaAllah . Marilah rajin-rajinkan diri membaca ayat Al-quran bersama! Moga di mudahkan segala urusan.
Lihat pemuda ini. So touchingg..T_T
 |
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bacalah al-Quran serta menangis ketika membacanya, jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
|
Selingan sedikit(mungkin ada yang pernah terfikir akan situasi ini termasuk saya, alhamdulillah ini jawapannya)..
Kadang-kadang saya hairan melihat jemaah yang solat bersama imam-imam di masjid al-Haram, bila imam menangis mereka pun turut menangis, kalau yang menangis itu jemaah dari kalangan orang arab mungkin kerana mereka turut faham sebab itulah mereka menangis, tapi kalau jemaah yang bukan berbangsa arab, yang tidak mempelajari bahasa arab juga turut menangis, kenapa?
Jawapannya ialah mukjizat al-Quran, nur al-Quran, ayat-ayat yang menembusi telinga manusia dan singgah di sanubari yang memang secocok dan rindukan al-Quran.Itulah antara sebab kenapa yang tidak faham al-Quran juga turut menangis. Mata yang menangis di dalam solat dan ketika membaca al-Quran hanya kerana takutkan Allah SWT akan menjadi hujah di hadapan Allah SWT. (copy paste dari wordpress orang, syukran.)
Mari semua amalkan baca Al-quran!! -.-
wallahuA'lam
Tidak Munasabah!!
Assalamualaikum w.b.t
20120426
 |
| Haishh canteknya tempatt!! nak ke sini bolehh?? =='' |
geureol geomnida ijeul geomnida oneulbuteo nan
geudaeran saram moreuneun geobnida hanbeondo bon jeok eomneun geobnida
gireul geotdagado seuchin jeok eomneun
gwaenchanseumnida ijeossseumnida bappeun ilsange haengbokhajyo
geunsahae boineun saramdo mannago
sarangi da geureochyo sigani gamyeon huimihaejyeo
gieokjocha hal sudo eopgetjyo
sarangi gamyeon ddo dareun sarangi dasi ol geomnida kkok geureol geomnida
jigeumeun apado jogeumman jinamyeon amul geomnida
sarangi gamyeon ddo dareun sarangi dasi ol geomnida kkok geureol geomnida
jigeumeun apado jogeumman jinamyeon amul geomnida
geureol geomnida ijeul geomnida nado geureol geomnida
T_T
Tulisan adalah SENGAJA di kecilkan. haha ;p. Sila besarkan pupil anda (itupun kalau sudi hendak membacanya tapi saya syorkan lebih baik jangan baca) kah3
 |
'' Contemporary Music major Lee Shinn's Coffee! I spit in it! ptuih ptuih =3' ''
(haha lucunya ayatt ;p ) |
Amaran: Jangan peduli dengan entry kali ini. Kih3 (saya tengah layan perasaan) 123 buat muka menyampah semua.haha.
Tak perlu baca , buat kepala anda pening sahaja dan errr mungkin akan muntah-muntah selama 3 jam. hehe
Dan
Tak perlu cari maksudnya ok! Kalau ada yang tahu pun buat-buat muka tak tahu ok *senyum comell* ngeh3
Sangatlah tidak munasabah!
BTW, Dengar ni sangat terkesan dijiwa ;P
Maksudnya sangat mendalam bagi saya haha
Sila abaikan jika tidak membawa faedah (memangg pun) ;)
p/s: Ini TIADA maksud apapun ya. hehe . Saja suka-suka! *senyum terpaksa* kui3 , huhu.
senyum manis
Assalamualaikum w.b.t
Cerita 1
"Di antara kesucian-kesucian yang dijaga adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita"
"Kalau saya melakukan ciuman dengan wanita yang tidak halal bagi saya, berertikan saya telah menodai kesucian saya sendiri dan juga menodai kesucian wanita itu kan? Maaf Mbak El, itu adalah musibah bagi saya"
"Mungkin orang akan mengatakan saya kolot, kampungan, bahkan primitif sekalipun, saya tidak peduli.
Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya "
.jpg) |
| ''Mass, namanya syapa?'' |
Ini sudah kenapa? haha .Budak kecik sudah. sudah. ngeh3
Nota: Nota lagii!Boring bukan?hehe. Erm ada orang bakal memasuki awal 20-an (inshaAllah bulan 7 ni) tapi ada ''impian” masih belum-belum tercapai lagi.Haishhh
Duhai hati bersabarlah, bersabar lah, walaupun mungkin engkau mula rasa lelah untuk bersabar. Betul ni. Huk3
bersabar lah, bersabarlah!
Oya, ada orang ‘takut’ nak ujian QTI minggu hadapan insahaAllah .keh3
Moga Allah memudahkan urusannya.
p/s: cerita 2? err inshaAllah akan saya sambung di lain hari hehe
wallahua'lam
Terus Kuat
Assalamualaikum w.b.t
Perhatian! Tajuk entry amat dekat dihati budak kecik ne. (senyum dalam kesakitan) huk3
Tolong serius sikit, okeyh kah3.
Singgahan MUSIBAH ada dua imbuhannya. sama ada bakal mengaut PAHALA atau bakal mencedok DOSA. terpulang individu itu sendiri ,bagaimana mahu mencetak panduan nya. Jika kita guna nafsu haloba tentunya kita akan menempah celaka tetapi jika kita guna iman penuh dada , merdeka jiwa.
Tentunya bermacam-macam musibah yang menimpa kita. Musibah boleh datang dalam bentuk susah dan senang. Senang? Emm musibah bentuk ni sangat payah .sebab kadang-kadang kita leka dengan kemewahan hidup etc.. dan lupa dengan pemberi rezeki.Sangat la bahaya! Tak sedar pun yang kita dalam kategori musibah yang ni. Ish3
Masa akan mendidik kita menjadi MATANG. hari ini kita rasa dugaan bagai berbondong batu hempap atas kepala. esok lusa pula kita rasakan ujian ini macam celah gigi saja. Kah3. Itu sudah dikira masuk tahap KEDEWASAAN .
Hmm, kalau boleh saya nak fikiran ni jauh lebih DEWASA tidak macam umur saya yang sejengkal ne *mata bersinar penuh pengharapan* haha .
Dan
HATI ini milik Tuhan. usap ia dengan puja pujian Agung. Tak perlu menekan diri dengan hamburan anasir luar yang keji dan busuk. (amboii ayat ganass ,macam lupa diri tu sakitkan?) hua3
Ya, Mudah. Selamat . Tenang seadanya CUKUP. Kan3
Dugaan dot dot dot =
Saya:
Benarlah sakit adalah kayu ukur pencatatan markah dari Tuhan. habis hilang semuanya. Haish! Huk3 . err adakah saya ini makhluk manja? ditimpa musibah sikit sudah merengek konon sakit. Menyampah bukan? Haha
Dan suara lembut berkata:
"wahai musibah yang didatangi Tuhan, sungguh aku redho dan kagum dengan ketaatanmu. persilakan untuk masuk jika ini atas perintah Nya. moga ziarah mu ini penghapus dosaku dengan Dia."
Moga dihitung usaha ini yang tidak seberapa. InshaAllah .
Sila jangan mengeluh. Lapang dada. tunduk. taat. patuh.
Alhamdulillah
 |
Teman yang selalu ''ada'' walau kemana bermusafir
(kesiann dia) ;(
|
*iklan: tiba-tiba cerita pasal kasut? (tak ada kaitan dengan tajuk entry ) haha ==''
27:69-70
Cari sendiri! Jangan malas ya.
Teman a.k.a kasut comell: ikutlah tuan puterimu (cewahh), kemana sahaja di *jalan yang lurus* . Jika kakinya melangkah ke haluan yang bisa membuatnya menambah dosa, maka berhentilah jangan biar dia terdorong kearah itu.Berbaktilah untuk dia?boleh kan?hehe. sayang awak banyakk!
Keep
iman strong, For now you better
pray girl!
Du'akan saya ya. Terima Kasih ^^
Waallahua'lam
''pintu hati'' yang tak terlihat
Auzubillahiminassyaitanirrajiim
Apa punya tajuk la kan? Kah3 (buat muka senyummm)
...............................
Bersabarlah duhaiii hati. Bilamana inginkan sesuatu (tapi kita nak sangatt) tapi kita tidak boleh/mampu…. Allah akan berikan benda tu pada kita dengan jalan yang dia redha. malah, lebih baik dari itu. (cuba pujuk diri)
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan
kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya,
yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini,
untuk Kami menguji mereka padanya;
sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.”
Ta Ha:131
Sesungguhnya sesungguhnya sesungguhnya ‘’ yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini untuk Kami menguji mereka padanya”.
Bergetar jiwa.
Allahu Allah T.T
Apa yang patut kita lakukan?
Pertama,pejamkan mata jika itu bukan milik kita. ya, walaupun semua tu sangat membahagiakan, ya.. kedua, yakin dengan janji Allah. dan ketiga, bantulah agama Allah agar iman terpelihara, supaya keyakinan pada Rabb takkan sekali-kali luntur.
Saya juga masih mengajar diri untuk itu.
Sesungguhnya nikmat yang paling manis dalam kehidupan adalah menahan Sabar.
walaupun agak payah. Huhu.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. Insya’Allah.
Dan
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah
pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Walaupun saya tahu saya tidak ikhlas. Astaghfirullah.
Tentang ini cukup hanya DIA yang tahu. ^___^
When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
ALLAH knows
ALLAH knows
Subhanallah
Nota: Tulisan kali ini masih kosong dan tidak berisi. Hampa .Hanya angin lalu. Maaf atas segala kekurangan diri saya.
p/s: Yaaa dia .. Jika itu yang ‘’terbaikk’’ saya terima . moga istiqamah T.T
Du’a kan saya.
 |
| you can't control your emotion. But you can always control your action |
Wallahua’lam
Penantian yang indah
Assalamualaikum w.b.t
''hatiku terasa sedih saat menanggung derita namun
terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmahnya....''
Suara itu bagai kelam dan membisu
...........
Dan awan berarak dengan perlahan ,
Seperti alunan jiwa nya yang beku.
Benarkah segaris senyman itu ?
Tenang bukan? siapa tahu dalam senyuman itu
Tersimpan satu cerita berdarah luka
Punya satu kekuatan
Tetap sabar menunggu
...........
Ya, dia….si budak gelisah yang sukakan kelembutan
Allahu Allah
Tabah untuk mengharungi Walau dalam kemarau
Walau dalam gerimis..
Tuhan, sinar itu akan kembali kan?
untuk hati yang rindukan PadaMU bukan?..
‘’sedang kamu menyembunyikan dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut pada manusia sedang Allah lah yang lebih berhak untuk kamu takuti’’…
 |
| credit to my beloved sis |
SubhanaALLAH . Indahnya ciptaanMU.
Dan kan terus menanti..
Nota:Akan aku pujuk diri ini untuk sentiasa bersyukur dengan NikmatMU.
p/s: maaf emosi sedikit. hehe. btw, saya bukan ahli pujangga ok. haha. on the spot ni ;p kih3
Older Post